- Keli di pasaran ada 2 jenis, Keli pallet & Keli biasa
- Harga pasaran keli pallet adalah RM6.00 sekilo. Tapi bersaing dengan keli biasa yang boleh dijual RM3.50 sekilo.
- Ramai juga penternak yang gagal disebabkan persaingan harga pasaran. Hasil jualan tidak dapat menampung kos bahan mentah dan operasi
- Keli pallet diberikan makanan pallet seperti dedak yang mengandungi protein ikan dan serat
- Ikan keli = ikan haruan = ikan pemangsa. So, ikan keli bukan vegetarian
- Ikan keli cenderung makan kawan, jika makanan pallet tidak cukup untuk menampung keperluannya
- Harga makanan pallet pula adalah RM50 satu beg (20 kilo). Kadar makanan pula lebih kurang 30 bag untuk semusim bg 15,000 ekor
- Ketika anak benih keli dibesarkan dalam kolam asuhan, ianya diberi usus ayam yang dipotong kecil, dibasuh dan direbus bagi mempercepatkan tumbesaran. Oleh itu, kebersihan masih terpelihara. Namun, tak semua penternak menggunakan cara ini. Ada yang tetap menggunakan pallet kategori starter untuk meransang tumbesaran
- Ikan keli pallet badannya lebih pejal dan tidak berderai jika dikukus. Hal sebaliknya berlaku pada ikan keli biasa
- Ikan keli biasa pula kos bahan mentahnya lebih rendah. Makanannya terdiri dari lemak haiwan. (seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini)
- Ikan keli kampung di sawah-sawah padi mempunyai makanan semula jadi. Namun tidak cukup untuk menampung keperluan makanan secara komersial
- Keli pallet juga diakui kebersihan dan keenakannya oleh pengguna/pembeli non-muslim. Mungkin mereka sedia maklum dengan fakta keli biasa. Ini berdasarkan pengalaman mentor yang dicabar oleh pengguna non-muslim bahawa ikan keli pallet tidak boleh dimasak stim. Kini, pengguna/pembeli non-muslim tersebut menjadi pelanggan tetap mentor kami
- Ketika membeli ikan keli dipasaran, badan keli pallet lebih kental dan pejal dari keli biasa. Bila disiang, kurang lemak (hampir tiada) dalam keli pallet. Ikan keli biasa lebih lembik dan bila disiang, lemaknya ketara/lebih dari isi/dagingnya.
Oleh itu adalah menjadi objektif peserta-peserta kursus ini untuk menambah bilangan penternak ikan air tawar sedia ada dalam menampung keperluan makanan negara dengan penghasilan yang bersih dan diyakini oleh pengguna muslim khasnya. Kami juga berhasrat berkongsi ilmu agar lebih ramai penternak dapat dilahirkan bagi membantu negara mengurangkan import makanan di samping menaikan taraf ekonomi sendiri dan masyarakat setempat. Sokongan anda, pengguna amat dihargai.
p/s: Kawan-kawan, boleh tak tolong postkan gambar/video mengenai perbezaan ikan keli pallet dan keli biasa. Ingat tak En. Ishak ada tunjukkan masa siang ikan ketika kursus tempoh hari. Saya x jumpa dalam simpanan fail saya. Terima kasih!!
kalau tak silap.. keli pallet daging lebih kenyal dan padat.. untuk keli yang diberi makan perut.. berlemak dan daging lembik apabila dimasak..
ReplyDeleteYob.. ko kat ner? attend kerw kelas hari nih? Kim salam kat pengajar...
ReplyDeleteYob.. ko ader gambar keli yang en. ishak siang tuh tak? postkan untuk tunjukkan perbezaan keli pallet n keli biasa
ReplyDeletewowowowowowo
ReplyDeleteSilmi d beatles!! Welcome to the club... mana ko menghilang daaaa
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletehihihihi...
ReplyDeleteaku noreh getah..cari duit nak kasi anak anak aku makan..aku sesak kawan2
ReplyDeletehai tawan-tawan..
ReplyDelete