Thursday, January 15, 2009

Modul III: Kursus Pemasaran Melalui Laman Web

Hari ini hari ke-3 bersama En. Salleh juru perunding IT untuk IUB MARA. Peserta mengutip pengalaman berharga dimana kami didedahkan dengan penggunaan aplikasi photoshop bagi membina laman web. Applikasinya sangat mudah di mana jika kita faham asas-asasnya kita boleh menyalurkan kreativiti ke tempat sepatutnya. Sayang sungguh kerana tidak mendapat pengetahuan ini lebih awal. Walau bagaimanpun, tiada istilah terlewat & terlambat dalam menuntut ilmu.

Di zaman ini kita harus memaksimakan penggunaan internet dalam pemasaran. Dengan cara pemasaran yang betul, kita boleh menjana pendapatan dengan efektif & berkesan. Selain mengiklankan produk, kita boleh menawarkan perkhidmatan & menjual idea.

Dengan mempelajari photoshop, peserta boleh menjimatkan kos operasi/tetap dalam cashflow syarikat dengan membina banner, signboard, logo syarikat sendiri tanpa mendapatkan khidmat luar. Perbelanjaan untuk printing sahaja diperlukan. Dalam memulakan perniagaan, pengurusan kos amat penting. Semua risiko perlu diambil kira, sebab itu pengalaman mentor dan kawan-kawan ternak yang lain penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka.


Banner di atas hasil pertama. Sekadar hiasan sahaja...

jap lagi saya post gambar en. saleh yg selalu kata dirinya hensem ini...

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. terima kasih pada En. saleh atas segala ilmu yang diajarkan pada kita semua. semoga kita di limpahi rahmat oleh Allah S.W.T amin.

    ReplyDelete