Huhuhu.. di petang jumaat yang cerah aku mintak tolong laki aku amikkan borang daftar syarikat kat SSM (ROC), Plaza Alam Central. Sebelum tuh dah check dah kat internet, borang apa yg patut diambil. Menurut laman web SSM, kena amik 2 borang. Borang A (daftar syarikat) & Borang PNA.42 (mohon kelulusan nama syarikat). Siap tipon SSM, pegawai kata borang tuh free. So, ok lah... sekali berlaku insiden di mana kerani SSM tak nak kasi 2 borang. Dia kata amik borang PNA.42 jerw. Pastu Borang A kena amik dengan kehadiran partner sebab nak sain depan pegawai. Spt yg korang maklum, aku nak lantik bapak aku jadi partner. Alamak.. takkan makcik nak kena heret bapak makcik datang Shah Alam semata-mata untuk sain borang. Ni yg buat kepala makcik berapi nih..
Akupun dgn tak puashatinya membelek website tuh sambil suruh laki aku tunggu kat depan kaunter. Tipon balik pegawai tuh dia pass kat pegawai nih.. cam bola jap rasanya. Pastu aku rujuk prosedur, tak der plak kata nak sain kena dtg semua rakan kongsi menghadap pegawai. Siap prosedur tuh kata nak pos borang tuh pun tak per. Ok lah boleh pos, tapi kalau tak boleh amik borang tuh apa yg aku nak poskan? Geran moto? Tulang ikan keli? atau sampel tanah?
Ader 4 nombor kat website tuh suma aku try. Bukannya aku tak boleh bawak bapak aku datang.. tapi musykil laa takkan nak susahkan rakyat. Kat Johor, opis satu kat JB satu kat Muar. Dan yg paling menarik sekali pengalaman kakak aku daftar syarikat ialah dia dikenakan bayaran sebanyak RM250.00 oleh agen... agen!! Aku rasa inilah yang dinasihatkan oleh pegawai MARA, penceramah IUB supaya register sendiri. phelik!phelik!
Akhirnya, setelah dekat 10 kali aku tipon siap transfer sana, pegawai sinilah.. operator bla..bla...blaa.. sehinggalah aku dapat bercakap dengan pegawai atasannya. Ntah sapa nama dia lupo plak nak tanya. Aku luahkan kesukaran yg bakal aku alami dengan syarat ketat itu dan prosedur yg tidak seragam antara web site n kaunter. Kesimpulannya, aku disyaki agen.... LAAAAAAAAA..... diorg takut aku sebenarnya agen yang buat pendaftaran syarikat dengan mengenakan yuran yg x munasabah. OOOOOOO.. walaupun aku jadi mangsa tapi aku akur dan faham situasi diorg. Mereka cuba mengelak lebih ramai rakyat menjadi mangsa cekik darah agen2 ini. Mmmmm.. gitu rupanya.
Jadi kawan-kawan, nak daftar syarikat terus gi kaunter cakap saya nak jumpa pegawai. Cakap sendiri dengan pegawai bahawasanya, sayalah yang ingin mendaftarkan syarikat tersebut. Kena interview skit. Baru dia bg borang A & PNA.42 Itulah serba sedikit kisahnya.. sekian.
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ish.ish.ish.ish....dasyat giler pngalaman akak ni...trima kasih la krana sudi brkongsi pgalaman dgn kami...pngalamn akak ni brguna ni kpada ssiapa yg hndak mndftarkan prniagaan... trima kasih kak....
ReplyDeletehehehe... sungguh berharga pengalaman ko nih. tq
ReplyDelete