Monday, February 23, 2009

Cili fertigasi

Aku baru jerw surf blog mengenai cili fertigasi. Bukan beralih arah tapi aku mencari info untuk pasangan hidup aku yg lebih berminat ngan cili dari keli. Semangat gi melawat kebun cili member, dengan tujuan nak beli benih. Sekali dia beli pokok dah berbuah daaa.... dah boleh tuai... fail sekejap. Tapi aku diamkan jerw.. masa dia tgh ader minat nih ikutkan ajer. Ari tuh aku amik kursus ikan air tawar punya laaa muncung tanda protes. Kata aku kelam kabut semua benda nak buat. ngan kelas malam lagi... aku tadah jer cuping telinga aku... dalam hati "untuk masa depan, sayang.." huhuhu....

Balik semula pada cili fertigasi, aku bukan nak promote tapi mengambil tauladan pada yg telah berjaya. Apa salahnya pun... aku menjauhi frasa yang selalu dilabelkan pada org Melayu "hasad & dengki". Kenali Mohd Ashraf... siswazah UPM.. anak muda ini sekali pandang cam Pan Asia.. x pasti plak darah keturunannya. Tapi bak kata org putih "u are on the right track, man!"

"Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani,menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian. Masih lagi menuntut dalam bidang Sarjana di Universiti Putra Malaysia, beliau ingin membuktikan bahawa pertanian bukan lagi untuk golongan bawahan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat."

Kalau korang berminat nak berjinak2 ngan cili fertigasi, rasanya set pakej nih berbaloi untuk dicuba:
  1. Set Mini Fertigasi 10 & 20 DIY (New)

  2. Set Percubaan 100 Pokok

  3. Set Komersil 1000 Pokok

Pesan cikgu a.k.a. penceramah kursus kami dulu, nak mula jgn tamak.. wat kecik2 dulu. Dah faham penyakit, risiko, modal dan cabarannya baru laa expand secara komersial. Yakin dan teruskan usaha anda.

Sambil2 tuh aku sembang ngan kawan satu opis.. Si Samsuri, nak mula projek itik telur dan daging sebanyak 500 ekor. Sempat gak dia menyampuk surfing aku.... "cili nih byk risiko, penyakit.. ader kawan aku dah masak cili sampai busuk tak der org nak beli" ... hmmm salah sapa plak tu ye? Masalah memasarkan hasil pertanian juga menjadi faktor kegagalan petani moden kita. Berani GAGAL. Postmortem diri cari punca, aku memberitahu diri sendiri.

Kalau mengikut kawan aku lagi sorang ni plak, Aziz dan 3 orang rakan kongsi memasarkan sendiri hasil produk ke kawasan tumpuan manusia, STADIUM SHAH ALAM. Bukan hanya menjual cili, tapi nurseri benih2 cili untuk warga kota yg berminat bercucuk tanam dia ruang kecil kawasan rumah. Memberangsangkan! Dan cili yang dijual bukan cili besar tapi cili padi kampung yang harganya mencecah RM12 sekilo berbanding cili besar yang turun naik harga mengikut musim. Permintaan cili padi tinggi namun penjagaannya rumit sedikit.

Gitulah kawan2 ragam rakan tani kita. Apapun, kita doakan mereka maju jaya!!! Petani moden sudah menjadi trend terkini. Pilihan yang lebih menguntungkan berbanding makan gaji.

Salam tani, salam ternak, salam harmoni!

No comments:

Post a Comment