Tuesday, May 5, 2009

Faisal Tehrani - Merakyat, Apa benda?

Siapa penulis ini? Aku terserempak dgn blog tokoh nih semasa meneliti blog Nik Abduh yang sedang panas di dada-dada media. Aku belum buat keputusan lagi untuk memihak pada sesiapa cuma mempertimbangkan segala maklumat yang disumbatkan di gerobok alam maya @ cyber world ini.

Yang menarik perhatian aku adalah, dia seorang kakiseni seperti hishammudin rais.. yang mana persoalan dan kenyataan yang dilontarkan aktif menggerakkan saraf otak aku untuk berfikir.

Tak percaya, cuba baca ini dan beritahu aku apa pandangan engkau berkenaan ulasannya tentang keghairahan pemimpin atas cobaan menawan kembali hati rakyat...

Merakyat, Apa benda?
1. Saya ingin menegur kecenderungan dan keghairahan media kita melabel segelintir pemimpin sebagai berjiwa rakyat atau merakyat.

2. Label merakyat atau berjiwa rakyat ini amat 'sacred' dan sungguh luhur sekali.

3. Tiada pemimpin dari mana-mana kumpulan pun setakat ini berhak disematkan dengan label sedemikian bagus.

4. Sekiranya pemimpin tersebut berjalan kaki 3 kilometer (sekali), atau turun minum (sekali) di Puduraya, atau naik lrt/monorel dari stesen KL Sentral (sekali) ke mana-mana destinasi, ia belum dapat dinilai sebagai merakyat, atau berjiwa rakyat. Klik di sini untuk baca seterusnya

Yang membuatkan aku teruja adalah buku-buku dan cerpen yang pernah dihasilkan oleh beliau. Tak sabar2 aku nak dapatkan 1515, Karbala, Cinta di hari2 rusuhan dan lain-lain. Tapi masalah teknikal pula menghalang aku meneruskan niat. Transaksi tak berjaya pulak.... aku cuba beli di halaman ini UJANI ILMU

2 comments:

  1. Sekadar berkongsi ilmuMay 30, 2009 at 3:39 AM

    Salam,

    minta berhati-hati. Kandungan karya tulisan Faisal tehrani ni sarat dengan unsur-unsur Syiah (sesat lagi menyesatkan, sila rujuk fatwa-fatwa ulama Sunnah, JAKIM, dll), sama ada secara jelas atau tersirat. Berhati-hatilah saudara!

    TK, WasSalaam

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. terima kasih kerana ingatan.

    Namun begitu, janganlah kita menghukum tanpa mengetahui. Kedudukan kita di sisi Allah samada syurga atau neraka itu tiada siapa yang dapat memberikan jaminan kecuali oleh-Nya. Jangan biar diri kita dipisah-pisahkan oleh musuh Islam.

    Setakat ini saya berpuas hati dan faham dengan penjelasan Faisal tehrani berkenaan isu tuduhan sesat dan syiah yang dilemparkan ke atasnya.

    Jadi saya menasihatkan blogger2 dan pembaca yang lain mencari penjelasan dari yang empunya diri tanpa menjatuhkan hukum terlebih dahulu.

    Sekian, harap maklum.

    ReplyDelete