Loading...

Monday, January 19, 2009

Cara-cara menternak ikan air tawar

Salam untuk Cik Faizah atas perhatian yang ditunjukkan.
"salam...bolehkah en terangkan pada saya cara-cara memelihara ikan air tawar kerana saya telah diberi tugasan oleh pensyarah saya tentang ikan air tawar...segala bantuan dari pihak en saya rakamkan rib" -faizah

Cik Faizah,

Berikut adalah langkah-langkah dalam memulakan ternakan ikan air tawar:

  1. Kenalpasti target & objektif: Adakah anda mahu menternak kerana hobi atau komersial. Apa objektif anda? Sebagai menambah pendapatan atau menjadi usahawan?

  2. Kenal pasti jenis ikan yang hendak diternak: Apakah jenis ikan yang ingin dibela/ternak. Ikan air tawar termasuk ikan keli, ikan haruan bodoh (ketutu), ikan puyu, patin dan talapia. Tempoh ternakan, makanan dan harga pasaran. Buat pilihan yang tepat & kurang risiko.

  3. Menghadiri kursus: timba ilmu sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Belajar melalui pengalaman mentor & peserta kursus lain yang lebih berpengalaman.

  4. Kaji risiko & persediaan serta potensi pasaran: Kenal pasti risiko penyakit, modal & permintaan pasaran samada tempatan atau antarabangsa.

  5. Penyediaan kertas kerja & kos terperinci: Jika berhasrat membuat pinjaman, kertas kerja sebagai perancangan perniagaan amat penting. Kos terperinci membantu bakal usahawan merancang perbelanjaan, mengurangkan kos dan membantu membuat keputusan

  6. Penubuhan syarikat enterprise: Mendaftar dengan SSM sbg salah satu syarat pinjaman

  7. Kenalpasti lokasi ternakan & tapak: Lokasi yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap, sumber air bersih & percuma (tepi sungai, tasik etc) dan kemudahan jalan raya bg tujuan pengangkutan

  8. Pembinaan infrastruktur asas: Sebelum permohonan pinjaman, pihak bank ingin melihat usaha bakal usahawan 10-30% dari perlaksanaan projek

  9. Permohonan pinjaman: Hantar borang yang lengkap dan rujuk kepada pegawai jika memerlukan bantuan.

  10. Perlaksanaan projek: rujuk rajah lakaran proses & keterangan dibawah

  11. Penyelenggaraan tapak projek: termasuk rawatan kolam bagi benih baru, pemeriksaan bagi mengesan kerosakan/kebocoran pada kolam kanvas



Keterangan Lakaran Proses
Minggu ke-3: Masukkan anak benih ikan 3’
Minggu ke-7: Proses greding (ikan berumur 4 minggu)
Minggu ke-9: Proses greding (Ikan berumur 6 minggu)
Minggu ke-11: Proses greding (Ikan berumur 8 minggu)
Minggu ke-14: Tuai hasil (Ikan berumur 11 minggu)

dat's all for now...

15 comments:

  1. Gambar carta proses itu dari kertas kerja saya :. Gambar kolam saya sekali

    ReplyDelete
  2. Oh iyer ker? Gambar ini disalin dari tenaga pengajar IUB MARA itu sendiri. Jadi, kami berterima kasih juga kepada saudara kerana gambar ini banyak membantu pemahaman kami.

    ReplyDelete
  3. i x bape nak paham la psal proses gredding 2?????

    ReplyDelete
  4. haah la...pe tu gredding....bg penerangan sikit...terima kasih

    ReplyDelete
  5. info yang anda berikan sangat menarik dan sepertinya akan bermanfaat untuk saya...terima kasih

    ReplyDelete
  6. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=438989586120019&set=a.424493820902929.107090.361774933841485&type=1

    ReplyDelete
  7. Kepada mereka yang berminat utk menternak lobster air tawar silalayari http://redclawlobster.blogspot.com @ 0177497853 utk info.

    ReplyDelete
  8. Salam admin. Saya ada masalah utk ternakan ikan didalam kolam sungai. Pasir sungai selalu masuk kedalam kolam saya dekat air masuk... nt kita bincang kat dlm emel ek mcmne nk selesaikan maslah tu... mgkn sistem air sye xbgus... nt kte chat kt emel.. tkasih...

    ReplyDelete
  9. Mohon panduan untuk memulakan penternakan ikan puyu dalam kolam secara kecilan. TK. aliasdasuki2yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Pembetulan : alamat e-mail saya sepatutnya " aliasdasuki@yahoo.com " , TK.

    ReplyDelete
  11. sya berminat untuk membuat penternakan ikan air tawar tapi masalahny sya tidak tahu mcm mna nk mla...sila bantu saya

    ReplyDelete
  12. ini email saya bbackstreet85@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  13. Sy seorang mahasiswa dn berminat dalam penternakan ikan patin memandangkn sy melihat potensinya dipasaran.bolehkan saudari mmberi guide bagaimana hendak memulakan penternkan ini.ini alamat email sy carlzeid@yahoo.com
    Sy ada membuat beberapa research tapi agak tak beryakinan memandangkan umur dan krn sy perempuan.:-)

    ReplyDelete
  14. Assalam..saya berminat untuk memulakan penternakan ikan keli or puyu..kerana potensi serta kurang berisiko bgi awal permulaan secara kecil-kecilan dahulu.harap dapat bagi pandangan serta guide pada newbie spt saya.email kepada sy info2 yang dapat membantu- hassan.saidin@awc.com.my

    ReplyDelete
  15. Salam,sy berminat untuk menternak ikan air tawar..sy mempunyai kolam terbiar d kmpung..cume perlu untuk d usha kn je..tp sy x tau step untuk memulakn projek menternak tu..afizan2588@gmail.com

    ReplyDelete