Showing posts with label KERTAS KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERTAS KERJA. Show all posts

Monday, January 19, 2009

Cara-cara menternak ikan air tawar

Salam untuk Cik Faizah atas perhatian yang ditunjukkan.
"salam...bolehkah en terangkan pada saya cara-cara memelihara ikan air tawar kerana saya telah diberi tugasan oleh pensyarah saya tentang ikan air tawar...segala bantuan dari pihak en saya rakamkan rib" -faizah

Cik Faizah,

Berikut adalah langkah-langkah dalam memulakan ternakan ikan air tawar:

  1. Kenalpasti target & objektif: Adakah anda mahu menternak kerana hobi atau komersial. Apa objektif anda? Sebagai menambah pendapatan atau menjadi usahawan?

  2. Kenal pasti jenis ikan yang hendak diternak: Apakah jenis ikan yang ingin dibela/ternak. Ikan air tawar termasuk ikan keli, ikan haruan bodoh (ketutu), ikan puyu, patin dan talapia. Tempoh ternakan, makanan dan harga pasaran. Buat pilihan yang tepat & kurang risiko.

  3. Menghadiri kursus: timba ilmu sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Belajar melalui pengalaman mentor & peserta kursus lain yang lebih berpengalaman.

  4. Kaji risiko & persediaan serta potensi pasaran: Kenal pasti risiko penyakit, modal & permintaan pasaran samada tempatan atau antarabangsa.

  5. Penyediaan kertas kerja & kos terperinci: Jika berhasrat membuat pinjaman, kertas kerja sebagai perancangan perniagaan amat penting. Kos terperinci membantu bakal usahawan merancang perbelanjaan, mengurangkan kos dan membantu membuat keputusan

  6. Penubuhan syarikat enterprise: Mendaftar dengan SSM sbg salah satu syarat pinjaman

  7. Kenalpasti lokasi ternakan & tapak: Lokasi yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap, sumber air bersih & percuma (tepi sungai, tasik etc) dan kemudahan jalan raya bg tujuan pengangkutan

  8. Pembinaan infrastruktur asas: Sebelum permohonan pinjaman, pihak bank ingin melihat usaha bakal usahawan 10-30% dari perlaksanaan projek

  9. Permohonan pinjaman: Hantar borang yang lengkap dan rujuk kepada pegawai jika memerlukan bantuan.

  10. Perlaksanaan projek: rujuk rajah lakaran proses & keterangan dibawah

  11. Penyelenggaraan tapak projek: termasuk rawatan kolam bagi benih baru, pemeriksaan bagi mengesan kerosakan/kebocoran pada kolam kanvas



Keterangan Lakaran Proses
Minggu ke-3: Masukkan anak benih ikan 3’
Minggu ke-7: Proses greding (ikan berumur 4 minggu)
Minggu ke-9: Proses greding (Ikan berumur 6 minggu)
Minggu ke-11: Proses greding (Ikan berumur 8 minggu)
Minggu ke-14: Tuai hasil (Ikan berumur 11 minggu)

dat's all for now...

Wednesday, January 7, 2009

KERTAS KERJA & CASHFLOW






Kepada pengunjung BLOG ini yang berminat ingin mengetahui cara-cara membuat kertas kerja & cashflow (unjuran tunai), sila e-mailkan hasrat anda ke bonzerd79@yahoo.com. Khidmat nasihat diberikan dengan harga yg berpatutan. Format file diberikan secara percuma sahaja.

Thursday, January 1, 2009

Module II: Rancangan Perniagaan

Kursus bermula pada 1-Jan-2009 bersama penceramah kita Cikgu Alan, seorang akauntan di sebuah syarikat swasta dan mempunyai perniagaan sendiri hasil partnership bersama abangnya di sektor pengiklanan dan pemasaran.

Kami didedahkan dengan kertas kerja yang diperlukan bagi mendapatkan pinjaman. BErsama-sama meneliti satu persatu konsep & prinsip perakauan, cashflow (unjuran tunai), untung rugi dan sebagainya.

Satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai.

Cikgu Alan di jemput menyumbang artikel atau berkongsi pandangan bersama kami di blog ini. Selamat datang utk semua.....