"salam...bolehkah en terangkan pada saya cara-cara memelihara ikan air tawar kerana saya telah diberi tugasan oleh pensyarah saya tentang ikan air tawar...segala bantuan dari pihak en saya rakamkan rib" -faizah
Cik Faizah,
Berikut adalah langkah-langkah dalam memulakan ternakan ikan air tawar:
- Kenalpasti target & objektif: Adakah anda mahu menternak kerana hobi atau komersial. Apa objektif anda? Sebagai menambah pendapatan atau menjadi usahawan?
- Kenal pasti jenis ikan yang hendak diternak: Apakah jenis ikan yang ingin dibela/ternak. Ikan air tawar termasuk ikan keli, ikan haruan bodoh (ketutu), ikan puyu, patin dan talapia. Tempoh ternakan, makanan dan harga pasaran. Buat pilihan yang tepat & kurang risiko.
- Menghadiri kursus: timba ilmu sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Belajar melalui pengalaman mentor & peserta kursus lain yang lebih berpengalaman.
- Kaji risiko & persediaan serta potensi pasaran: Kenal pasti risiko penyakit, modal & permintaan pasaran samada tempatan atau antarabangsa.
- Penyediaan kertas kerja & kos terperinci: Jika berhasrat membuat pinjaman, kertas kerja sebagai perancangan perniagaan amat penting. Kos terperinci membantu bakal usahawan merancang perbelanjaan, mengurangkan kos dan membantu membuat keputusan
- Penubuhan syarikat enterprise: Mendaftar dengan SSM sbg salah satu syarat pinjaman
- Kenalpasti lokasi ternakan & tapak: Lokasi yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap, sumber air bersih & percuma (tepi sungai, tasik etc) dan kemudahan jalan raya bg tujuan pengangkutan
- Pembinaan infrastruktur asas: Sebelum permohonan pinjaman, pihak bank ingin melihat usaha bakal usahawan 10-30% dari perlaksanaan projek
- Permohonan pinjaman: Hantar borang yang lengkap dan rujuk kepada pegawai jika memerlukan bantuan.
- Perlaksanaan projek: rujuk rajah lakaran proses & keterangan dibawah
- Penyelenggaraan tapak projek: termasuk rawatan kolam bagi benih baru, pemeriksaan bagi mengesan kerosakan/kebocoran pada kolam kanvas
Keterangan Lakaran Proses
Minggu ke-3: Masukkan anak benih ikan 3’
Minggu ke-7: Proses greding (ikan berumur 4 minggu)
Minggu ke-9: Proses greding (Ikan berumur 6 minggu)
Minggu ke-11: Proses greding (Ikan berumur 8 minggu)
Minggu ke-14: Tuai hasil (Ikan berumur 11 minggu)
dat's all for now...