Thursday, January 15, 2009

TAHUKAH ANDA?

  1. Tahukah anda selain MARA bahawa pinjaman juga boleh didapati di TEKUN, Jabatan Belia & Sukan, Peladang dll?

  2. Tahukah anda organisasi kerajaan seperti SIRIM, MARA dan SMIDEC menyediakan geran untuk peralatan mesin bg industri kecil, label, pattern dan packaging? Menurut pegawai yang terlibat, terlalu sedikit penglibatan orang Melayu dalam hal ini. Didapati kaum Cina yang lebih rajin bertanya, berkunjung ke jabatan-jabatan ini berbanding kaum lain. Jadi rebutlah peluang.

  3. Tahukah anda, jika anda memerlukan pinjaman RM100K tanpa penjamin, anda boleh membuat pinjaman di 3 organisasi (ex: RM50K di MARA, RM30K di TEKUN dan RM20K di jabatan Peladang)

  4. Tahukah anda jika anda ingin membuat pinjaman, anda perlu memulakan projek 30% daripada keseluruhan supaya peluang kelulusan lebih cerah

  5. Tahukah anda tahap 30% perlaksanaan projek itu boleh dibuktikan dengan penyediaan tapak sahaja atau kewujudan 2 kolam pertama yang anda telah usahakan?

  6. Tahukah anda kenapa 30% diperlukan? Untuk menyakinkan pegawai yang akan meluluskan pinjaman bahawa kita mempunyai pengalaman dan kemahiran yang diperlukan bagi kejayaan project.

  7. Tahukah anda, air kumbahan iaitu air sisa keli yang dibuang mempunyai nilai organik yang tinggi untuk dibuat baja. Sebab itu, selain keli anda boleh usahakan tanam-tanaman komersial seperti cili dll. Baja percuma lagi!

  8. Tahukah anda, bg peluang pinjaman lebih tinggi badan2 seperti MARA perlukan pengiktirafan seperti sijil kursus mengenai bidang yang telah dan akan anda ceburi. Lebih tinggi peratus kelulusan jika anda mempunyai sijil sokongan dengan menghadiri kursus seperi rancangan perniagaan, pemasaran melalui laman web dll

No comments:

Post a Comment