Friday, January 16, 2009

Ulasan buku: Bukan Kerana Pangkat - Tun Dr Ismail dan Masanya

Aku baru jerw habis baca buku nih. Aku sarankan semua orang membacanya. Memang best giler. Aku sebenarnya jarang baca buku-buku dalam kategori politik atau sejarah. Tapi aku sukakan sejarah. Hobi membaca buku dah lama aku tinggalkan dulu. Tapi tsunami politik yang berlaku tahun 2008 membuatkan aku ingin tahu, apa sebenarnya yang terlukis dalam sejarah politik Malaysia. Atau apa yang berlaku semasa 13 Mei. Kenapa politik kini makin hodoh dan kotor sampai malas aku nak baca kat suratkhabar. Meluat aku tengok pemimpin-pemimpin yang berucap tanpa karisma. Bagai hilang cahaya dari wajah mereka. Kenapa sesetengah pemimpin macam kehabisan modal & tak mampu berdebat dengan fakta-fakta yang kukuh. Ada pulak yang tak berani nak berdebat dengan pihak lawan dengan bermacam-macam alasan. Pada aku, itu semua pemimpin yang pengecut. Aku tak nak masa depan negara ditangan mereka.

Aku sendiri secara jujurnya tak pernah mengenali siapa Tun Dr. Ismail. Sebagai generasi muda, aku malu dengan diri aku sendiri yang gagal menghargai mereka. Gagal mengambil tauladan & iktibar. Siapa sangka Tun Dr. Ismail mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan Malaysia, membanteras komunis, peristiwa 13 Mei rusuhan kaum dan Dasar Ekonomi Baru. Percaya atau tidak, Tun Dr. Ismail sgt digeruni dan dihormati kawan dan lawan. Siapa Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara? Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak. Sebelum itu, dia bertugas di pelbagai kementerian dan juga sebagai duta Malaya pertama di Amerika.

Selama ini kita hanya didedahkan tentang jasa-jasa pemimpin utama seperti perdana menteri sahaja. Pernahkah kita cuba mengenali siapa teman, siapa lawan dan apa kekurangan & kelebihan pemimpin-pemimpin yang kita agung-agungkan selama ini. Cuba kita lihat pemimpin-pemimpin ini dari perspektif yang berbeza. Menarik sekali pengalaman pahit getir mereka.

Pengarang buku ini FELLOW berketurunan Cina, Dr. Ooi Kee Beng betugas di Institut Pengajian Asia Tenggara yang kini menyelaraskan Program Pengajian Malaysia. Aku teruja nak baca buku-bukunya yang lain. Kelebihan pengarang ini, setiap karakter dan kisah tidak terlepas yang baik mahupun yang buruk. Lagipun bukan kita yang menentukan ke syurga atau ke neraka hamba Allah itu. Adat manusia suka membawa kisah yg negative & kontroversi sahaja. Cuba kali ini kita lihat sudut yang positif.

Buku-buku lain yang aku cadangkan korang baca:

Burhanuddin Al-Helmi oleh pengarang, Ramlah Adam.

2 comments:

  1. aku suka baca buku sejarah... dari pengalaman aku la.. kalau penulis dia bangsa asing.. penulisannya pasti agak berat sebelah... samada meminggirkan fakta keistimewaan orang melayu atau mempertikai keistimewaan orang melayu serta menuntut hak bukan melayu yang keterlaluan.

    ReplyDelete
  2. belum baca blum tahu.... tak tau laa kalau aku ter"miss" masa baca. Sepanjang pembacaan aku takder sekelumit pun ayat yg memburukkan org melayu. Pengarang menulis berdasarkan wawancara & dokumen2 rasmi. Kalau pengarang misleading, sure pemimpin lain mahupun anak arwah Tun Dr. Ismail akan memperbetulkan kenyataan tersebut.

    Sedangkan mahathir wat buku "Malay dilemma" pun boleh diharamkan, lagikan buku ini. Kalau salah faktanya, satu parlimen tak kira kerajaan atau pembangkang akan bangkit...

    Bacalah... kebenaran itu pedih tetapi wajib didedahkan.

    ReplyDelete