Wednesday, February 4, 2009

Kursus kemahiran di Kolej Komuniti

Untuk pengetahuan, kolej komuniti di sekitar kawasan anda ada menganjurkan kursus sokongan yang mereka panggil "Pengajian Sepanjang Hayat". Yuran serendah RM10 hingga RM400 bergantung kepada tempoh & jenis kursus. Kursus-kursus di bawah hanya RM20. Tempoh kursus hanya satu hari di hujung minggu tetapi ada kursus yang melalui tahap I, II & III.

Lokasi : KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM (CAW. TANJONG KARANG)
Bulan : FEBRUARI, MAC, APRIL, MEI & JUN

Senarai kursus yang ditawarkan
  1. Asas Senireka Label Produk Makanan 28/02/2009 (Sabtu)

  2. Auto Cadd (Lanjutan) 28/02/2009 (Sabtu) 

  3. Auto Cadd (Pertengahan) 15/02/2009 (Ahad) 

  4. Menjahit Langsir (Jahitan) 22/02/2009 (Ahad) 


Lebih lanjut, anda boleh melawat laman ini:
http://www.kksbs.edu.my/kuspen_carian.asp
http://www.kkkla.edu.my/kkkla/menu.php?action=menu&content=../kkkla/frm_daftar_kuspen.php

Rujuk di sini untuk kolej komuniti di tempat anda.
http://www.bpkk.edu.my/?lang=my&cat=1&id=77&mnu=96

Kenapa perlu menghadiri kursus?


Pertama sekali adalah untuk mendapatkan ilmu. Walaupun kita mempunyai pengalaman, ilmu & teknologi baru sentiasa berubah mengikut zaman. Belajar dalah cara untuk maju.
Keduanya, pinjaman perniagaan memerlukan testimonial dan sijil kursus dapat menambah keyakinan pada pegawai yang meluluskan. Sesetengah badan yg memeberi pinjaman meletakkan syarat wajib bg pemohon menghadiri kursus.

Semoga info di atas dapat membantu anda. Terima kasih.

1 comment:

  1. salam.
    Walaupun kita dah ada ilmu. tapi ilmu baru snetiasa datang sejajar dengan teknologi baru. Blog ni bagus. Kerana banyak info.

    Saya juga ada membuat proposal sebagai tenaga penggajar di pusat komuniti.

    Walaupun harga sebagai tenaga pengajar murah. tak apa kerna saya ingin berkongsi ilmu kepada yang sudi.

    http://quensheila.blogspot.com

    ReplyDelete