Tuesday, May 5, 2009

sambungan.. cili fertigasi

Aku x berkesempatan pulak nak update berkenaan cili fertigasi ini. Atas minat "soul mate", aku order pakej yang dijual bulan lepas. Sekali ada aral yang melintang... x sangka plak aku berurusan dgn orang yang sensitif. Aku pun x nak komen lebih2.. maklumlah umur aku pun baru setahun jagung. Lagipun duit aku nih tak laku kot... setakat seorang pelanggan yang cerewet macam aku nih, bukannya boleh buat orang kaya.

Tapi disebalik kesulitan tersebut aku ditemukan pulak dengan Izani (SPH Fertigasi Enterprise: www.sph-fertigasi.com/), seorang usahawan cili fertigasi secara sambilan. Alhamdulillah.. berjalan lancar urusan kami. Menariknya, dia hantar sehingga ke depan pintu rumah. Dapatlah aku jamu dia dengan teh tarik. Rasa puas dapat bertentang mata dengan si penjual. Aku order hari Rabu, Sabtu 9:00 AM sampai ke pintu rumah. Berbual panjanglah kami dengan bermacam2 soalan.

Menariknya bila dia mendedahkan tentang kecenderungan & kewujudan usahawan-usahawan segera yang berhasil memperoleh keuntungan lumayan dengan mengadakan berbagai2 kursus dan menjual peralatan. Apa yang peserta gagal pertimbangkan adalah kos & risiko. Ada yang teruja sehingga melabur beribu2 ringgit tetapi hasilnya mengecewakan. Hal ini, IUB MARA sendiri dedahkan ketika kursus yang lalu. Keghairahan peserta selalunya berakhir dengan kegagalan.

En Izani meluangkan masa 1/2 hari untuk memberi taklimat. Beliau menekankan tentang pentingnya layout atau pelan yang betul jika berminat untuk melaksanakan projek penanaman besar-besaran. Kos operasi terutama sekali baja setiap bulan akan meningkat tanpa pengurusan yang betul. Memeranjatkan juga, beliau mengatakan cili fertigasi secara komersial ini masih belum mempunyai kaedah yang tepat untuk dilaksanakan di muka bumi khatulistiwa seperti di Malaysia. Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam mengekalkan nutrien baja itu sendiri dan sistem pengairannya memerlukan penyelenggaraan yang kerap serta konsisten. Ia boleh dilaksanakan tetapi menuntut keperluan & kos yang tinggi.

Oh.. sikit masa lagi aku akan post gambar anak pokok cili yang sudah bercambah. Kesuntukan masa pula menambat kaki untuk melaksanakan projek. Inipun aku curi-curi masa untuk posting. Lagipun ini projek peribadi teman hidupku. Dia yang mulakan, biarlah dia teruskan....

1 comment: