Monday, January 26, 2009

CERITA IKAN KELI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.
Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.
Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.
Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini..
Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.
Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.
Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.
Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima , dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur . Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.
Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.
Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.
Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.
Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.
Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.
Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.
Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.
30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.
Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.
Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang ttg projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.
Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.
Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..
Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..
Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2....
Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC , Ayamas yang di kata haram....isk tak reti lah....
elakkan makan ayam secara kerap.
Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam

Thursday, January 22, 2009

Pameran ekonomi Islam

Semalam(22.01.2009) saya gi tengok pameran ekonomi islam mula2 sejer je nak browsing yela nak balik awal slalunya tren penuh dgn orang merebut2 blik keje.. ble dah sampai sana act, byk info yang berguna... saya g gerai majlis agama islam wilayah persekutuan (MAIWP) mana tau klu dpt wakaf free ker.hehehe...

Lagi satu info yang mungkin ramai orang xtau (mungkin orang mcm saya jer kut) tentang LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) puas duk fikir aper menatang nie? Rupanya lembaga nie ditubuhkan untuk monolong nelayan@penternak ikan.contoh disini yang saya faham, diorang nie nak buat centrel market utk sume hasil. So,kita xmenggunakan orang tengah. pas nie peraih leh jadi dugong kat tengah laut coz xleh cri makan lagi... hehehe

LKIM ni juga ada kuarkan lesen bile kita nak eksport @ import ikan. walaupun kastam dah lepas tapi klu kita xder lesen yang dikeluarkan oleh LKIM nie,ikan2 kite akan tersadai kat perlabuhan. Manalah tau kawan2 saya ada cita2 besar mcm saya nk import/eksport ikan pasni..

Diharap info nie leh membantu kawan2 kt luar sane..

Salam..

Wednesday, January 21, 2009

Makanan Keli Organik?????

Kawan-kawan ader tengok majalah 3 minggu lepas? Ader penternak dari Perak bg makanan organik utk keli ternakannnya? Dari mana sumber makanan organik nih? Boleh sapa2 tolong jawab?

Price: RM 80
Produk terkini. Murah dan Mudah..
Lebih baik dari pallet yang anda beri sekarang.
20kg(4 bag)organik untuk 10000 ekor benih keli.
Hanya beri sekali dan tunggu pembesarannya dalam masa 2bulan setengah. Tidak perlu diberi makanan lain. Pembesaran sekata. Tidak perlu tukar air, air tersebut boleh diguna kan semula hanya dengan menambah 2bag organik. Untuk melihat bukti dan hasil serta keterangan lanjut. Sila hubungi...

Call zulhairi: 013-3066450

FN Farm Ent wrote:
kami membekalkan ternakan keli secara borong. Harga boleh dirunding.
Juga membekalkan makanan organik. Cuma bagi makan ternakan sekali sahaja, boleh tahan sampai 3 bulan
lokasi: simpang pulai, Ipoh Perak
berminat sila sms:
0194443199 (faiz)
0193569688 (izat)

anonymous wrote:
bagi makan organik?...makan taik la ye? taik ayam + taik kambing + taik lembu + mcm2 taik. pk ar sendiri menatang ape yg makan sekali je untuk besor. lu tgk majalah 3 ar ni.

Waaa.. konpius nih. mana satu yg betul nih? yang mana nak ikut nih?
Harga pallet mmg mahal tp susah nya nak lawan ngan harga pasaran.

Tuesday, January 20, 2009

Pelan/Layout Kolam Simen



Pelan di atas sebagai panduan untuk para penternak membina tapak kolam simen. Pengurangan kos sebanyak mungkin perlu diambil kira. Pembelian motor untuk menyedut air keluar dan masuk melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, sebaik-baiknya gunakan kuasa graviti. Sebab itu tapak dibina mengikut kecondongan tertentu seperti gambarajah. Penggunaan tangki yang dibina lebih tinggi dari kolam memudahkan air mengalir masuk ke dalam kolam tanpa tenaga motor/elektrik. Begitu juga ketika kita perlu menukar/mengosongkan air kolam. Dengan graviti, air mengalir masuk ke dalam kolam kumbahan.

Sekian terima kasih. Kawan2 jika ada tambahan sila kemukakan.

Monday, January 19, 2009

Cara-cara menternak ikan air tawar

Salam untuk Cik Faizah atas perhatian yang ditunjukkan.
"salam...bolehkah en terangkan pada saya cara-cara memelihara ikan air tawar kerana saya telah diberi tugasan oleh pensyarah saya tentang ikan air tawar...segala bantuan dari pihak en saya rakamkan rib" -faizah

Cik Faizah,

Berikut adalah langkah-langkah dalam memulakan ternakan ikan air tawar:

  1. Kenalpasti target & objektif: Adakah anda mahu menternak kerana hobi atau komersial. Apa objektif anda? Sebagai menambah pendapatan atau menjadi usahawan?

  2. Kenal pasti jenis ikan yang hendak diternak: Apakah jenis ikan yang ingin dibela/ternak. Ikan air tawar termasuk ikan keli, ikan haruan bodoh (ketutu), ikan puyu, patin dan talapia. Tempoh ternakan, makanan dan harga pasaran. Buat pilihan yang tepat & kurang risiko.

  3. Menghadiri kursus: timba ilmu sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Belajar melalui pengalaman mentor & peserta kursus lain yang lebih berpengalaman.

  4. Kaji risiko & persediaan serta potensi pasaran: Kenal pasti risiko penyakit, modal & permintaan pasaran samada tempatan atau antarabangsa.

  5. Penyediaan kertas kerja & kos terperinci: Jika berhasrat membuat pinjaman, kertas kerja sebagai perancangan perniagaan amat penting. Kos terperinci membantu bakal usahawan merancang perbelanjaan, mengurangkan kos dan membantu membuat keputusan

  6. Penubuhan syarikat enterprise: Mendaftar dengan SSM sbg salah satu syarat pinjaman

  7. Kenalpasti lokasi ternakan & tapak: Lokasi yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap, sumber air bersih & percuma (tepi sungai, tasik etc) dan kemudahan jalan raya bg tujuan pengangkutan

  8. Pembinaan infrastruktur asas: Sebelum permohonan pinjaman, pihak bank ingin melihat usaha bakal usahawan 10-30% dari perlaksanaan projek

  9. Permohonan pinjaman: Hantar borang yang lengkap dan rujuk kepada pegawai jika memerlukan bantuan.

  10. Perlaksanaan projek: rujuk rajah lakaran proses & keterangan dibawah

  11. Penyelenggaraan tapak projek: termasuk rawatan kolam bagi benih baru, pemeriksaan bagi mengesan kerosakan/kebocoran pada kolam kanvas



Keterangan Lakaran Proses
Minggu ke-3: Masukkan anak benih ikan 3’
Minggu ke-7: Proses greding (ikan berumur 4 minggu)
Minggu ke-9: Proses greding (Ikan berumur 6 minggu)
Minggu ke-11: Proses greding (Ikan berumur 8 minggu)
Minggu ke-14: Tuai hasil (Ikan berumur 11 minggu)

dat's all for now...

Saturday, January 17, 2009

WEBSITE AKU! - http://agroconcept.bravehost.com

PERBEZAAN ANTARA KELI PALLET DENGAN KELI BUKAN PALLET(PERUT AYAM)





En. Ishak Sedang Menyiang 2 jenis Keli iaitu yang diberi makan pallet dan keli yang diberi makan perut ayam (atau sumber yang meragukan).

Keli yang bewarna hitam adalah keli yang diberi makan pallet dan isinya lebih kenyal.
Keli yang diberi makan selain dari pallet (perut ayam atau sumber yang meragukan) bewarna kuning kehijauan dan mempunyai banyak lemak.

Friday, January 16, 2009

Ulasan buku: Bukan Kerana Pangkat - Tun Dr Ismail dan Masanya

Aku baru jerw habis baca buku nih. Aku sarankan semua orang membacanya. Memang best giler. Aku sebenarnya jarang baca buku-buku dalam kategori politik atau sejarah. Tapi aku sukakan sejarah. Hobi membaca buku dah lama aku tinggalkan dulu. Tapi tsunami politik yang berlaku tahun 2008 membuatkan aku ingin tahu, apa sebenarnya yang terlukis dalam sejarah politik Malaysia. Atau apa yang berlaku semasa 13 Mei. Kenapa politik kini makin hodoh dan kotor sampai malas aku nak baca kat suratkhabar. Meluat aku tengok pemimpin-pemimpin yang berucap tanpa karisma. Bagai hilang cahaya dari wajah mereka. Kenapa sesetengah pemimpin macam kehabisan modal & tak mampu berdebat dengan fakta-fakta yang kukuh. Ada pulak yang tak berani nak berdebat dengan pihak lawan dengan bermacam-macam alasan. Pada aku, itu semua pemimpin yang pengecut. Aku tak nak masa depan negara ditangan mereka.

Aku sendiri secara jujurnya tak pernah mengenali siapa Tun Dr. Ismail. Sebagai generasi muda, aku malu dengan diri aku sendiri yang gagal menghargai mereka. Gagal mengambil tauladan & iktibar. Siapa sangka Tun Dr. Ismail mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan Malaysia, membanteras komunis, peristiwa 13 Mei rusuhan kaum dan Dasar Ekonomi Baru. Percaya atau tidak, Tun Dr. Ismail sgt digeruni dan dihormati kawan dan lawan. Siapa Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara? Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak. Sebelum itu, dia bertugas di pelbagai kementerian dan juga sebagai duta Malaya pertama di Amerika.

Selama ini kita hanya didedahkan tentang jasa-jasa pemimpin utama seperti perdana menteri sahaja. Pernahkah kita cuba mengenali siapa teman, siapa lawan dan apa kekurangan & kelebihan pemimpin-pemimpin yang kita agung-agungkan selama ini. Cuba kita lihat pemimpin-pemimpin ini dari perspektif yang berbeza. Menarik sekali pengalaman pahit getir mereka.

Pengarang buku ini FELLOW berketurunan Cina, Dr. Ooi Kee Beng betugas di Institut Pengajian Asia Tenggara yang kini menyelaraskan Program Pengajian Malaysia. Aku teruja nak baca buku-bukunya yang lain. Kelebihan pengarang ini, setiap karakter dan kisah tidak terlepas yang baik mahupun yang buruk. Lagipun bukan kita yang menentukan ke syurga atau ke neraka hamba Allah itu. Adat manusia suka membawa kisah yg negative & kontroversi sahaja. Cuba kali ini kita lihat sudut yang positif.

Buku-buku lain yang aku cadangkan korang baca:

Burhanuddin Al-Helmi oleh pengarang, Ramlah Adam.

oK taK aKU pUnYa?????






ilmu baru ni..

Salam semua pembaca yg sudi jengah blog aku nih..

Alhamdulilah syukur pada Allah Tuhan sekalian alam.. atas rahmat-Nya dapat aku ilmu baru yang selama ini hanya aku pandang sebelah mata jer.. selama ni aku tgk je software tu kat dlmpc. nak guna x pandai... tapi bila aku sertai kursus menternak ikan keli anjuran UIB dan MARA ni.. banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi dengan sahabat2 yang menyertai kursus ini bersama... kalau ada pape ilmu lagi bagitau la kitaorang...hehehe.

Thursday, January 15, 2009

Modul III: Kursus Pemasaran Melalui Laman Web

Hari ini hari ke-3 bersama En. Salleh juru perunding IT untuk IUB MARA. Peserta mengutip pengalaman berharga dimana kami didedahkan dengan penggunaan aplikasi photoshop bagi membina laman web. Applikasinya sangat mudah di mana jika kita faham asas-asasnya kita boleh menyalurkan kreativiti ke tempat sepatutnya. Sayang sungguh kerana tidak mendapat pengetahuan ini lebih awal. Walau bagaimanpun, tiada istilah terlewat & terlambat dalam menuntut ilmu.

Di zaman ini kita harus memaksimakan penggunaan internet dalam pemasaran. Dengan cara pemasaran yang betul, kita boleh menjana pendapatan dengan efektif & berkesan. Selain mengiklankan produk, kita boleh menawarkan perkhidmatan & menjual idea.

Dengan mempelajari photoshop, peserta boleh menjimatkan kos operasi/tetap dalam cashflow syarikat dengan membina banner, signboard, logo syarikat sendiri tanpa mendapatkan khidmat luar. Perbelanjaan untuk printing sahaja diperlukan. Dalam memulakan perniagaan, pengurusan kos amat penting. Semua risiko perlu diambil kira, sebab itu pengalaman mentor dan kawan-kawan ternak yang lain penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka.


Banner di atas hasil pertama. Sekadar hiasan sahaja...

jap lagi saya post gambar en. saleh yg selalu kata dirinya hensem ini...

TAHUKAH ANDA?

  1. Tahukah anda selain MARA bahawa pinjaman juga boleh didapati di TEKUN, Jabatan Belia & Sukan, Peladang dll?

  2. Tahukah anda organisasi kerajaan seperti SIRIM, MARA dan SMIDEC menyediakan geran untuk peralatan mesin bg industri kecil, label, pattern dan packaging? Menurut pegawai yang terlibat, terlalu sedikit penglibatan orang Melayu dalam hal ini. Didapati kaum Cina yang lebih rajin bertanya, berkunjung ke jabatan-jabatan ini berbanding kaum lain. Jadi rebutlah peluang.

  3. Tahukah anda, jika anda memerlukan pinjaman RM100K tanpa penjamin, anda boleh membuat pinjaman di 3 organisasi (ex: RM50K di MARA, RM30K di TEKUN dan RM20K di jabatan Peladang)

  4. Tahukah anda jika anda ingin membuat pinjaman, anda perlu memulakan projek 30% daripada keseluruhan supaya peluang kelulusan lebih cerah

  5. Tahukah anda tahap 30% perlaksanaan projek itu boleh dibuktikan dengan penyediaan tapak sahaja atau kewujudan 2 kolam pertama yang anda telah usahakan?

  6. Tahukah anda kenapa 30% diperlukan? Untuk menyakinkan pegawai yang akan meluluskan pinjaman bahawa kita mempunyai pengalaman dan kemahiran yang diperlukan bagi kejayaan project.

  7. Tahukah anda, air kumbahan iaitu air sisa keli yang dibuang mempunyai nilai organik yang tinggi untuk dibuat baja. Sebab itu, selain keli anda boleh usahakan tanam-tanaman komersial seperti cili dll. Baja percuma lagi!

  8. Tahukah anda, bg peluang pinjaman lebih tinggi badan2 seperti MARA perlukan pengiktirafan seperti sijil kursus mengenai bidang yang telah dan akan anda ceburi. Lebih tinggi peratus kelulusan jika anda mempunyai sijil sokongan dengan menghadiri kursus seperi rancangan perniagaan, pemasaran melalui laman web dll

Monday, January 12, 2009

Fakta mengenai ternakan ikan keli komersial

Penerangan ini bukanlah bertujuan menjatuhkan sesiapa. Sebagai lanjutan daripada artikel (Persaingan dalam industri keli) yang Abg Lan postkan sebelum ini. Fakta-fakta ini juga dikumpul daripada pengalaman penceramah a.k.a mentor, pegawai IUB dan daripada peserta-peserta sendiri yang mempunyai pengalaman menternak. Umum mengetahui perternakan memerlukan kos operasi dan bahan mentah yang mahal. Harga jual pula bersaing dengan penternak-penternak bukan muslim yang mampu menjual hasil ternakan mereka serendah RM2.50 - RM3.00 sekilo kepada pemborong. Lagipun, penternak bukan muslim mempunyai market mereka yang tersendiri. Kita tidaklah boleh menyalahkan mereka. Sebagai pengguna kita harus bijak memilih dan membezakan. Berikut adalah sedikit panduan untuk anda:
  1. Keli di pasaran ada 2 jenis, Keli pallet & Keli biasa

  2. Harga pasaran keli pallet adalah RM6.00 sekilo. Tapi bersaing dengan keli biasa yang boleh dijual RM3.50 sekilo.

  3. Ramai juga penternak yang gagal disebabkan persaingan harga pasaran. Hasil jualan tidak dapat menampung kos bahan mentah dan operasi

  4. Keli pallet diberikan makanan pallet seperti dedak yang mengandungi protein ikan dan serat

  5. Ikan keli = ikan haruan = ikan pemangsa. So, ikan keli bukan vegetarian

  6. Ikan keli cenderung makan kawan, jika makanan pallet tidak cukup untuk menampung keperluannya

  7. Harga makanan pallet pula adalah RM50 satu beg (20 kilo). Kadar makanan pula lebih kurang 30 bag untuk semusim bg 15,000 ekor

  8. Ketika anak benih keli dibesarkan dalam kolam asuhan, ianya diberi usus ayam yang dipotong kecil, dibasuh dan direbus bagi mempercepatkan tumbesaran. Oleh itu, kebersihan masih terpelihara. Namun, tak semua penternak menggunakan cara ini. Ada yang tetap menggunakan pallet kategori starter untuk meransang tumbesaran

  9. Ikan keli pallet badannya lebih pejal dan tidak berderai jika dikukus. Hal sebaliknya berlaku pada ikan keli biasa

  10. Ikan keli biasa pula kos bahan mentahnya lebih rendah. Makanannya terdiri dari lemak haiwan. (seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini)

  11. Ikan keli kampung di sawah-sawah padi mempunyai makanan semula jadi. Namun tidak cukup untuk menampung keperluan makanan secara komersial

  12. Keli pallet juga diakui kebersihan dan keenakannya oleh pengguna/pembeli non-muslim. Mungkin mereka sedia maklum dengan fakta keli biasa. Ini berdasarkan pengalaman mentor yang dicabar oleh pengguna non-muslim bahawa ikan keli pallet tidak boleh dimasak stim. Kini, pengguna/pembeli non-muslim tersebut menjadi pelanggan tetap mentor kami

  13. Ketika membeli ikan keli dipasaran, badan keli pallet lebih kental dan pejal dari keli biasa. Bila disiang, kurang lemak (hampir tiada) dalam keli pallet. Ikan keli biasa lebih lembik dan bila disiang, lemaknya ketara/lebih dari isi/dagingnya.


Oleh itu adalah menjadi objektif peserta-peserta kursus ini untuk menambah bilangan penternak ikan air tawar sedia ada dalam menampung keperluan makanan negara dengan penghasilan yang bersih dan diyakini oleh pengguna muslim khasnya. Kami juga berhasrat berkongsi ilmu agar lebih ramai penternak dapat dilahirkan bagi membantu negara mengurangkan import makanan di samping menaikan taraf ekonomi sendiri dan masyarakat setempat. Sokongan anda, pengguna amat dihargai.

p/s: Kawan-kawan, boleh tak tolong postkan gambar/video mengenai perbezaan ikan keli pallet dan keli biasa. Ingat tak En. Ishak ada tunjukkan masa siang ikan ketika kursus tempoh hari. Saya x jumpa dalam simpanan fail saya. Terima kasih!!

Anak sapa lah nih!

Sunday, January 11, 2009

Pengalaman Daftar Syarikat

Huhuhu.. di petang jumaat yang cerah aku mintak tolong laki aku amikkan borang daftar syarikat kat SSM (ROC), Plaza Alam Central. Sebelum tuh dah check dah kat internet, borang apa yg patut diambil. Menurut laman web SSM, kena amik 2 borang. Borang A (daftar syarikat) & Borang PNA.42 (mohon kelulusan nama syarikat). Siap tipon SSM, pegawai kata borang tuh free. So, ok lah... sekali berlaku insiden di mana kerani SSM tak nak kasi 2 borang. Dia kata amik borang PNA.42 jerw. Pastu Borang A kena amik dengan kehadiran partner sebab nak sain depan pegawai. Spt yg korang maklum, aku nak lantik bapak aku jadi partner. Alamak.. takkan makcik nak kena heret bapak makcik datang Shah Alam semata-mata untuk sain borang. Ni yg buat kepala makcik berapi nih..

Akupun dgn tak puashatinya membelek website tuh sambil suruh laki aku tunggu kat depan kaunter. Tipon balik pegawai tuh dia pass kat pegawai nih.. cam bola jap rasanya. Pastu aku rujuk prosedur, tak der plak kata nak sain kena dtg semua rakan kongsi menghadap pegawai. Siap prosedur tuh kata nak pos borang tuh pun tak per. Ok lah boleh pos, tapi kalau tak boleh amik borang tuh apa yg aku nak poskan? Geran moto? Tulang ikan keli? atau sampel tanah?

Ader 4 nombor kat website tuh suma aku try. Bukannya aku tak boleh bawak bapak aku datang.. tapi musykil laa takkan nak susahkan rakyat. Kat Johor, opis satu kat JB satu kat Muar. Dan yg paling menarik sekali pengalaman kakak aku daftar syarikat ialah dia dikenakan bayaran sebanyak RM250.00 oleh agen... agen!! Aku rasa inilah yang dinasihatkan oleh pegawai MARA, penceramah IUB supaya register sendiri. phelik!phelik!

Akhirnya, setelah dekat 10 kali aku tipon siap transfer sana, pegawai sinilah.. operator bla..bla...blaa.. sehinggalah aku dapat bercakap dengan pegawai atasannya. Ntah sapa nama dia lupo plak nak tanya. Aku luahkan kesukaran yg bakal aku alami dengan syarat ketat itu dan prosedur yg tidak seragam antara web site n kaunter. Kesimpulannya, aku disyaki agen.... LAAAAAAAAA..... diorg takut aku sebenarnya agen yang buat pendaftaran syarikat dengan mengenakan yuran yg x munasabah. OOOOOOO.. walaupun aku jadi mangsa tapi aku akur dan faham situasi diorg. Mereka cuba mengelak lebih ramai rakyat menjadi mangsa cekik darah agen2 ini. Mmmmm.. gitu rupanya.

Jadi kawan-kawan, nak daftar syarikat terus gi kaunter cakap saya nak jumpa pegawai. Cakap sendiri dengan pegawai bahawasanya, sayalah yang ingin mendaftarkan syarikat tersebut. Kena interview skit. Baru dia bg borang A & PNA.42 Itulah serba sedikit kisahnya.. sekian.

Friday, January 9, 2009

Pelan/Layout Kolam Simen



Kawan-kawan, just nak share. nih guna autoCAD. tp, wat kolam nih bukan nyer cam buat bangunan. Wat lakaran pakai tangan jerw. ni pun nak wat piping terkedek-kedek. Hmmmm...

Thursday, January 8, 2009

TIPS MEMBUAT PINJAMAN

NI adalah tips-tips yang diberikan oleh pegawai MARA, penceramah & konsultan yang dilantik sepanjang kursus kami. Bolehlah dijadikan panduan:

  1. Pendaftaran syarikat: untuk pinjaman, syarikat yang didafterkan haruslah beroperasi selama 6 bulan sebelum tarikh pinjaman.

  2. Pinjaman MARA layak hanya untuk peminjam yang berhasrat berniaga secara full time sahaja. Yang part time, boleh lupakan hasrat. (Tapi, anda layak meminjam dengan syarat mempunyai rakan kongsi yang tidak bekerja dan boleh buat full time. Contohnya, Siti boleh daftar syarikat perkongsiannya bersama abahnya yang sudah pencen/tidak bekerja)

  3. Pinjaman melebihi RM50,000 memerlukan seorang penjamin

  4. Interest rate MARA paling rendah, sebanyak 4% sahaja


Kawan-kawan, sila tambah. Ini jerw yang saya teringat!

Wednesday, January 7, 2009

KERTAS KERJA & CASHFLOW






Kepada pengunjung BLOG ini yang berminat ingin mengetahui cara-cara membuat kertas kerja & cashflow (unjuran tunai), sila e-mailkan hasrat anda ke bonzerd79@yahoo.com. Khidmat nasihat diberikan dengan harga yg berpatutan. Format file diberikan secara percuma sahaja.

Tuesday, January 6, 2009

BESO SIOT!

TERNAKAN KELI KANVAS

PERSAINGAN DALAM INDUSTRI IKAN KELI!

Makanlah ikan keli yg terjamin bersih...Dari Cerita Seorang Kawan,,,
Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya bukan nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotechatau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yangberoperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampais aya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugaskerana katanya sedang meeting.saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaanbumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlahperbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakanikan keli.Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakulturlah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yangdipakainya..Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untukmembesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan kelicina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akanmasuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikanmakanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiaphari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan matidalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepadaikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM0.00!!!Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesarkepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keliadalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahanmanusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikankeli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikankeli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan kelicukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantinair bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikanikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kospenghantaran dan beli benih ikan.Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yangkotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar danbanyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli,belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..

Monday, January 5, 2009

BUMI MALAYSIA NI TEMPAT KITA LA BEB!

Hari ni aku terjumpa dengan Jalil, kawan lama aku masa sekolah menengah. Aku pun tanya dia..."Apa project ko sekarang? Ko kerja dengan syarikat printing hari tu lagi ke?" "Dah lama berenti... ada la 5-6 bulan dah... aku buat bisnes skang ni" Jawab jalil."Laaa... awat berentinya, apa kilang printing ko tu nak bangkrap ke?" Tanya aku."Aku ada bisnes skang ni, bela lintah" Jawab jalil melirik."What? Apsal kampung sangat ko ni? dulu masa sekolah bukan main lagi ko smart-smart kat sekolah... last-last bela lintah" aku mengejek."Hehehehehe. .. ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi, 3.50 sekor sekarang ni... kolam aku je dah ada 2000 ekor lebih..."Lalu jalil meninggalkan aku...Aku duduk di kerusi depan rumah aku... aku memandang sekeliling, kiri dan kanan. Ada sebuah lori berhenti di depan timbunan sampah tak jauh dari rumah aku. Lori sampah barangkali, tapi tak semua sampah diambilnya, hanya sampah-sampah kering berupa kertas dimasukkan ke dalam lori.Aku buat-buat tanya..."Bang, recycle kertas ke bang?""ha ah...kenapa? kat rumah banyak paper lama?" tanya drebar lori tu."ada...ada.. . tak banyak la... nak ambik la"Setelah diangkut ke dalam lori, drebar lori tu menghulurkan RM2 sebagai bayaran paper lama aku tu."eh tak payah la... abang lebih memerlukan duit tu, tak payah bayar la" kata aku kononnya simpati."ye ker? tak menyesal? paper naik harga sekarang ni...." kata drebar lori tu."tak pe... cuma saya nak tau... kalau penuh satu lori, berapa agaknya abang dapat?"tanya aku."300-400 jugak la..." jawab pemandu lori dan terus blah dengan lorinya sambil mengucapkan terima kasih.Aku duduk kembali di kerusi aku tu, dan aku teringat kembali kata-kata jalil..."ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi"Jual sampah pun boleh dapat 300-400 sehari....Aku berjalan-jalan di kaki lima rumah kedai area rumah aku. Ternampak la pulak orang jual goreng pisang tepi jalan."kasik 2 ringgit" aku beli pisang goreng tu."Baik pak... terima kasih ya pak" kata peniaga tu.Orang seberang rupanya.... kemudian peniaga tu ingin mengambil sesuatu dari keretanya... KERETA WAJA....."hmmm... pakai waja... kira hebatla jugak.... aku pun pakai iswara je..." fikir aku...banyak lagi benda yang aku boleh nampak sekeliling yang amat sesuai dengan ayat "ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi".... walaupun takdelah membawa hasil sehingga jadi jutawan, tetapi takde la hidup susah sangat.... kaum yang lagi satu tu jangan ditanya... diorang memang dah hebat dari segala segi.. takde subsidi kerajaan mahupun bantuan.. mereka bleh hidup walaupun tak berpelajaran. ..tu kadang-kadang aku terfikir... kenapa kita selalu merungut sana-sini... . ini tak cukup, sana tak cukup... apakah gaya hidup kita yang salah atau mentaliti kita masih kekampungan atau tak ingin berubah? Memang ini negara kita... negara melayu... tapi kenapa bangsa lain hidup senang lenang di negara kita walaupun takde bantuan kerajaan atau apa-apa keistimewaan?Kalau kita duduk di eropah bagaimana plak? hmmmm.... ingatlah ayat ni.."ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi"So... aku sendiri pun masih malas dan tanak berusaha... asyik mengharap sesuatu yang ajaib berlaku dalam hidup ni... takpe la kalau sekarang ni masih kaum aku yang memerintah.. . kalau satu hari nanti PM aku hidungnya mancung, matanya biru rambutnya perang, agaknya apa la nasib generasi aku akan datang.... bersyukurlah. .. ini MALAYSIA.... kalau rajin semua jadi....THANK YOU....

Sunday, January 4, 2009

TAMATNYA KURSUS TERNAKAN AIR TAWAR (KELI KANVAS) PROGRAM:RANCANGAN PERNIAGAAN




AYUB DENGAN PEMBENTANGAN KERTAS-KERJANYA







HASLAN MEMBENTANGKAN KERTASKERJANYA




MUS DAHLAN DENGAN PEMBENTANGAN KERTAS-KERJANYA


ZAM DENGAN PEMBENTANGAN KERTAS-KERJANYA




YON & CASHFLOW

Yon mempunyai byk pengalaman ttg pembuatan kertas kerja & cashflow. Beliau byk membantu kelas dalam memahami cashflow & asas perakaunan. Hubungi beliau di 012-5984304.

Beliau fokus pada ternakan talapia n patin. Good luck!

Thanks a lot, YON!!!

Izzuan n Ketam NIPAH

Izzuan berkongsi ilmu tentang ketam nipah setelah menghadiri kursus. Di harap Izzuan dapat postkan pengetahuan & tips2 berkaitan mengenainya. Beliau juga sudi berkongsi contoh-contoh kertas kerja yang boleh didapati salinannya dari Pejabat Daerah tempat asal beliau, Kg Mampat, Rombau.

Sila hubungi izzuan di 013-6804947 untuk keterangan lanjut.

Abdul Halim, De' PERAIH

Kelas IUB batch kali ini melantik EN Halim yang mempunyai perniagaan pasar malam & hubungan dengan operasi perniagaan di pasar borong Selayang sebagai PERAIH.

Beliau boleh dihubungi di talian 013-3201080 jika para peserta berminat utk menggunakan khidmat beliau untuk menjual hasil ternakan.

Terima kasih!

Saturday, January 3, 2009

LET'S CHECK-IT OUT!

Hini lah gamba-gamba haku ketika haku mengikuti "KURSUS TERNAKAN AIR TAWAR"
Gamba diambil dari Camera HandPhone Nokia E-61i
*sori, saya ni sengau sikit
CHECK-IT OUT!





































Module II: CASHFLOW


Kelas bermula hari ini dengan semangat nak kira untung. Tetapi itu tidak semudah yang disangka. Tapi, bg aku ini semua membuka mata dan minda aku seluas-luasnya tentang buku kira-kira. Terasa lebih konfiden dari semalam yang goyang. Satu kebaikan kursus dengan MARA ialah kita didedahkan dengan risiko kegagalan perniagaan. Satu sifat usahawan yang aku faham... "BERANI GAGAL!!"

Seperti mana input yang aku dapat dari teman2 yang lain yang pernah mengikuti kursus dengan swasta, penceramah/penganjur lebih cenderung menonjolkan keuntungan dari risiko kegagalan. Ini bg menyakinkan peserta untuk mengambil pakej2 yg ditawarkan dan melabur dlm kuantiti besar.


Makcik Kiah, Abg Din botak dan yang lan2 mendapat pengalaman berharga. Makumlah, penggunaan komputer nih perlukan latihan yang kerap. Formula dalam excel & command dalam word, mudah bg yang bekerja pejabat. Berkerut-kerut dahi kawan2 aku termasuk aku sendiri dalam memahami konsep akaun yg ringkas nih. Siap bertekak & berbincang mengenai jumlah pallet makanan yang dibekalkan utk satu musim. Mana tidaknya, kalau kira ikut buku 15000 ikan perlukan 200 beg keli. Sekali kira haga pallet lbih dari harga jual daaa... aduh akit kepala. Last-last Ayun call en. Razali dapatkan actual consumption. Pueh hati. En. Razali kata utk 15000 ekor hanya menggunakan 25 - 30 bag shj semusim. Fuhhh.. lega. Sekali ader untung daaaa.... aminnn...

Thursday, January 1, 2009

Lawatan & Praktikal di Aqua Rizz Farm

Khusyuk mendengar penerangan di bilik kuliah.

Tapak ternakan siap dengan kabin pekerja dan ruang untuk kelas & praktikal. Aqua Rizz memberikan contoh terbaik dalam pengurusan dan kendalian tapak projek. Wajar dicontohi.







Module II: Rancangan Perniagaan

Kursus bermula pada 1-Jan-2009 bersama penceramah kita Cikgu Alan, seorang akauntan di sebuah syarikat swasta dan mempunyai perniagaan sendiri hasil partnership bersama abangnya di sektor pengiklanan dan pemasaran.

Kami didedahkan dengan kertas kerja yang diperlukan bagi mendapatkan pinjaman. BErsama-sama meneliti satu persatu konsep & prinsip perakauan, cashflow (unjuran tunai), untung rugi dan sebagainya.

Satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai.

Cikgu Alan di jemput menyumbang artikel atau berkongsi pandangan bersama kami di blog ini. Selamat datang utk semua.....

Mutiara Kata

Kenyataan #1: Ayat penutup dari Pn. Safwah, Pegawai MARA Shah Alam ketika memberi penerangan tentang syarat-syarat pinjaman MARA - "jika ada kata-kata yang menimbulkan rasa kurang senang dan dendam, saya takkan mintak maaf tetapi jika ada kata-kata saya yang menimbulkan kekesalan dari lubuk sanubari anda, maka saya akan merasa bangga..."